Pengalaman Yoga Dua Minggu



Yoga pose
Prayer pose / Reverse prayer

Pada 12 September 2017 yang lalu, habis sudah tempoh masa untuk 'unlimited 2 weeks' kelas yoga yang saya ambil. Sudah berusaha untuk bagi cop semua 12 bulatan dalam kad kehadiran, tapi tak mampu. Sebab cuti weekend buat benda lain (lari, berenang, tido).




Yoga card
Kad Kehadiran

Buat yoga hari-hari bagi yang pertama kali, sakit juga. Bahagian bahu dan sekitar leher. Anggota lain tak sakit pulak, boleh pulak aku buat banyak pose, terkejut aku sendiri. Cikgu pun hairan, cepat juga perkembangan aku. Haha.. Baru hadir berapa kelas sudah banyak kemajuan. Konon 😂. 
.
Maksud aku kemajuan tu badan tak berapa keras lah, boleh ikut banyak pose bengkok-bengkok hasil stretching selama ini.. haha..  
.
"Ko pernah ikut apa-apa sukan sebelum ni? Macam SUKMA..? Tanya cikgu. 
.
Eh aku salah dengar ka ni?. Tak tahu mau jawab apa. Aku terdiam, tercengang.
.
Cikgu sambung tanya, "lari? pergi gym?"
.
"Oh.. ada, ofis kami ada gym."(Cikgu ni ingat aku atlit kali, atlit jadian ja ni) 😅
.
Di hari lain, cikgu lain pulak tanya. 
.
"Ko pernah ikut yoga sebelum ni?"
.
"Ini first time."
.
"Kira flexible juga ko ni. Ko memang suka stretching?"
.
"Iya saya suka stretching. Ada lah juga tengok dalam YouTube, ikut-ikut beberapa pose. Tapi saya lebih suka ikut kelas di sini. Ada guide dari cikgu." Jawabku lebih panjang. 
.
Sempat juga aku pergi urut bahu minggu lalu, sampai kebas bahu. Ingat mau rehat lah lepas pergi 4 kelas, tapi setelah dikira-kira, nanti rugi tak hadir, unlimited class tu.. 😂 
.
Unlimited class untuk 2 minggu hanya bayar RM65. Harga sebenar satu kelas walk in ialah RM30. Jadi maksudnya, aku hanya bayar yuran untuk 2 kelas tapi dapat ikut 12 kelas! 
.
Bahagian bahu sakit sebab banyak buat satu pose ni. Nama dia 'downward facing dog'. Cikgu cakap pose ni ialah asas keseimbangan dalam yoga. Sakitnya... Salah teknik simpan berat atau otot bahu baru nak teraktif kali. 
.
Pose-pose dalam yoga ni kena buat dalam 5-10 helaan nafas dalam satu-satu posisi. Kira latihan nafas la ni. Ia juga adalah salah satu cara untuk membina kekuatan dari dalam. Organ-organ dalam tubuh terlatih menjadi kuat dan turut mengeluarkan tenaga bila diperlukan. Ertinya perlakuan aktiviti tidak bergantung sepenuhnya kepada otot tapi juga bantuan tenaga organ dalaman (betul ka? Please comment) 😅 
.
Pusat yoga yang saya pergi ni, baru sahaja dibuka pada bulan Mei lalu. Murid tidak begitu ramai. Hanya ada hari-hari tertentu saja ramai. Biasanya hanya dua orang murid saja yang hadir, saya dan seorang yang datang untuk kelas percubaan percuma! 😔 Pernah sekali hanya saya seorang saja murid yang hadir! 
.
Ini adalah satu kelebihan, cikgu lebih memberi perhatian kepada saya dan membetulkan posisi saya seorang sahaja.
.
Jika anda tinggal berdekatan Kota Kinabalu, datang lah untuk mencuba kelas percubaan percuma yoga di Gokul Yoga Surya, Suria Sabah. Selepas itu jika berminat, boleh lah ambik pakej kelas unlimited selama dua minggu. 
.
Daripada 12 kelas yang ditawarkan, saya hanya dapat hadir 9 kelas sahaja. Yang baki 3 hari lagi tak hadir sebab cuti mingguan buat aktiviti lain sambil merehatkan bahu. 
.
Dalam sehari ada 3 kelas yang diadakan, pagi, petang dan malam, setiap Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad pulak, kelas hanya diadakan pada waktu pagi sahaja. 
.
Disiplin yoga yang diajarkan di sini ialah Hatha, slow yoga, Vinyasa dan Ashtanga, cikgu yang mengajar pun ada ramai. 
.
Setelah habiskan pakej unlimited class untuk 2 minggu ini, saya dapati saya suka yoga, saya rasa yoga membuat saya lebih dekat kepada diri saya sendiri. Semoga ini adalah satu permulaan yang baik dalam menjaga kesihatan dan disiplin diri saya sendiri.  
.
Jika anda pun adalah seorang praktisi yoga atau pun peminat yoga, kongsikan lah dengan saya pengalaman anda, biasalah budak baru belajar ni banyak lagi tak tahu.. hehe.. 

Terima kasih kerana membaca, namaste _/|\_ 💗

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)

Gunung Tambuyukon (Part 1)