Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO Dipuji

Imej
Selamat Hari Merdeka ke-62 Malaysia! Tahun ini dengan tema "Sayangi Malaysiaku"  "Malaysia Bersih".


Seperti tahun-tahun sudah, Kumpulan SEDCO menghantar sebuah kontinjen ke pertandingan perbarisan hari kebangsaan. Alhamdulillah.. Tahun ini saya dipilih bersama-sama dalam kontinjen ini.



Latihan telah dimulakan sejak awal bulan lagi, seramai 42 orang ahli telah dipilih dari staf SEDCO serta anak-anak syarikat termasuk Hyatt Regency Hotel, Perkasa Trading SB, Perkasa Realty SB,  Sedco Travel SB dan Sedcovest Holdings SB.
Kontinjen telah berusaha sehabis baik namun tidak mendapat tempat di mata pengadil kali ini.
Kontinjen menerima kata-kata ucapan tahniah berikut daripada pegawai dan pengurusan SEDCO;
"Penyertaan dan semangat berpasukan SEDCO amat dihargai dan memenangi hati kita semua.  Terima kasih kepada Team SEDCO dan semua yang terlibat.  πŸ‘" - GGM SEDCO Group

"Iya kontinjen sedco mmg terbaikkk πŸ‘πŸ‘πŸ‘semangat tinggi πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺcuma kita teda rezki ja...&…

Jualan Merdeka Snowdrop Clothpads

Imej
Snowdrop mengadakan jualan sempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 bagi 14 buah pakej pad kain termasuk pakej pantyliner terbaru Snowdrop Dry Flux Thin.
Jualan berlangsung sehingga 31 Ogos 2019 (Sabtu)
Ambil peluang ini untuk bertukar kepada pad kain yang lebih menjimatkan atau untuk menambah koleksi pad kain anda! 😊
















Dry Flux Thin, Pantyliner Nipis

Imej
Snowdrop  memperkenalkan keluaran terbaru pantyliner Snowdrop saiz Dry Flux Thin!
Lebih nipis, selesa dan lebih cepat kering untuk digunakan setiap hari. Sesuai untuk yang lebih sukakan pantyliner yang betul-betul nipis & tak rasa bila pakai pantyliner.
Harga  untuk Dry Flux Thin RM17/pc tak masuk kos poslaju. Tapi...! Sempena launching Dry Flux Thin, kami nak bagi special promo pakej 8 keping (dapat semua 8 warna minky yang berbeza), percuma wet bag small limited edition yg baru bernilai RM21 😍 



Harga Pengenalan Dry Flux Thin berserta beg basahan percuma!

HARGA ~RM157~  *Sekarang RM117!* 
_JIMAT RM40_ 😱


Jatuh rm14+ je sekeping Dry Flux Thin*,siap PERCUMA wet bag small dan boleh pilih warna lagi! 😱
Kena cepat grab sebab *promo launching* ni berlangsung sampai *31 Ogos 2019* sahaja! Lepas ni kami jamin takkan dapat semurah ni sebab promo khas pakej launching Dry Flux Thin.
WhatsApp Agen Snowdrop sekarang untuk tempahan! Nooren 0168037709

Berhenti Salahkan Orang Lain, Perbaiki Diri Sendiri

Imej
PERBAIKI DIRI SENDIRI


Tak ada jualan, sebab kedai sebelah guna pelaris. Tak ramai kawan, sebab ramai orang dengki. Sakit misteri 7 tahun, sebab kena buatan orang.
Marilah kita hentikan tuduhan dan mentaliti kasihan seperti ini. 
Orang lain boleh berbuat jahat, tapi Tuhan lah yang mengizinkan ia terjadi. Orang lain boleh berbuat jahat, tapi kita masih boleh memperbaiki diri, dan Tuhan pun akan mengubah nasib kita.
Ayuh bangkit! sudah lah bermain watak mangsa. Jadi lah hero kepada diri sendiri.
Tak tahu? belajar. Sakit? berubat dan amalkan gaya hidup sihat. Tak ada sesiapa? berkawan lah. 
Berhenti menyalahkan aspek di luar diri. Mulai melihat ke dalam diri. Perbaiki diri dari dalam ke luar.
Jika dilahirkan miskin, itu bukan salahmu, tapi jika kamu mati miskin itu adalah salahmu.


"Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" Surah Yusuf ayat 87

Jadi Kreatif Dengan EO

Imej
JADI KREATIF DENGAN EO


Memang bukan semua benda perlu EO, bagi oiler atau orang yang dah biasa dengan penyelesaian natural mesti lah cari EO dulu.


Bagi sesetengah orang, EO hanya untuk wangi-wangi tandas. Ada pulak, EO digunakan dalam regime kecantikan. Ada juga yang bikin wangi-wangi di ruangan rumah menggantikan penyegar udara sintetik. Walau apa pun alasannya, EO memang banyak kegunaannya.
Isnin lalu, sewaktu mengambil bungkusan di warehouse Young Living, seorang wanita dalam lingkungan 40an yang masuk selepas saya, sepatutnya mengambil giliran dilayan selepas saya. Iaitu no.3 dalam barisan, sebab di hadapan saya ada seorang wanita lain lagi yang sedang menunggu barangannya. Wanita nombor 3 ini sangat tidak sabar dan menyuruh pekerja kaunter untuk cepat-cepat mengambil barangannya. Sehingga wanita yang pertama tadi bertolak ansur untuk memberikan gilirannya.
Sementara pekerja di warehouse tersebut mengumpulkan barangannya di dalam, dia membebel dan komplen banyak hal tentang Young Livi…

Resipi Masala Chai Tea Latte

Imej
Pagi ini sahabat saya Liana tiba-tiba bersemangat untuk belajar tentang Masala Tea. Dia pun menggoogle tentang teh ini dan memang banyak resipi Masala Tea dimuatnaik ke media sosial.
Pertama kali saya minum Masala Tea adalah sewaktu saya mengikut trip mendaki / trekking ke Annapurna Base Camp atau lebih dikenali sebagai ABC di Nepal pada tahun 2017.
Kerana tak sabar untuk membuatnya, kami ke Jothys (Restoran Daun Pisang) pada waktu rehat untuk minum Masala Tea yang dirindui itu. Emm.. sememangnya sedap. Disediakan dalam cawan kopi, saiz yang sangat kecil, pasti lah tak puas.. haha.. Harga pulak RM4 secawan.


Setiba di rumah selepas pulang dari kerja, saya menerima gambar dari Liana, dia sudah pun membuat Masala tea dengan resipi dari Google, ini membuat saya turut jadi bersemangat untuk membuat Masala Tea juga hehe..

Untuk mudah mengingatnya, bahan-bahan  Masala Tea hanya ada 5.
1. Teh (paling bagus Black Tea) 2. Kayu Manis 3. Halia 4. Bunga Cengkih 5. Biji Buah Pelaga

Semua bahan-bah…

Lollipop Candy Stick dan Cotton Bud Juga Mengotorkan Pantai!

Imej
Lollipop candy stick



Nak berlari berkaki ayam di pantai pagi tadi, tapi pantai dihiasi dengan sampah!
.
Rasa tak senang hati dan takut terpijak serpihan plastik tajam yang banyak disitu, saya pun tiba-tiba terajin mengutip sampah dari hujung ke hujung pantai. Selain botol plastik, penutup botol, cawan plastik (masih berisi air minuman!), polisterin, ada juga tangkai gula-gula lollipop dan cotton bud!
.

Teringat video penyu yang teraniaya. Saya pernah nampak penyu berenang di perairan Tanjung Aru ke Sutera Harbour dulu. Kalau lah pantai ini cantik dan bersih, mungkinkah penyu akan mendarat ke sini?


.
Bila kita menghentikan penggunaan straw, kita boleh juga berhenti membeli gula-gula lollipop. Rasanya ini lebih mudah dilakukan. Haramkan saja penjualan gula-gula lollipop ni!




Bila pantai sudah bersih, senangnya hati berlari dari hujung ke hujung. Alhamdulillah.. 😊♥️ Turut bersama saya ialah dua orang perempuan cantik yang juga datang berlari di pantai itu. Terima kasih πŸ˜ŠπŸ€—♥️

Catatan pa…