Jadi Kreatif Dengan EO


JADI KREATIF DENGAN EO

Young Living Warehouse


Memang bukan semua benda perlu EO, bagi oiler atau orang yang dah biasa dengan penyelesaian natural mesti lah cari EO dulu.

Jadi kreatif dengan EO
Jadi kreatif dengan EO

Bagi sesetengah orang, EO hanya untuk wangi-wangi tandas. Ada pulak, EO digunakan dalam regime kecantikan. Ada juga yang bikin wangi-wangi di ruangan rumah menggantikan penyegar udara sintetik. Walau apa pun alasannya, EO memang banyak kegunaannya.

Isnin lalu, sewaktu mengambil bungkusan di warehouse Young Living, seorang wanita dalam lingkungan 40an yang masuk selepas saya, sepatutnya mengambil giliran dilayan selepas saya. Iaitu no.3 dalam barisan, sebab di hadapan saya ada seorang wanita lain lagi yang sedang menunggu barangannya. Wanita nombor 3 ini sangat tidak sabar dan menyuruh pekerja kaunter untuk cepat-cepat mengambil barangannya. Sehingga wanita yang pertama tadi bertolak ansur untuk memberikan gilirannya.

Sementara pekerja di warehouse tersebut mengumpulkan barangannya di dalam, dia membebel dan komplen banyak hal tentang Young Living, dari kedudukan pejabat itu, sehingga komitmennya kepada Young Living. Dia hanya bercerita dengan wanita yang pertama datang tadi, sebab saya tidak memandang wajahnya. Setiap 5 saat dia mengeluh dengan mengeluarkan kata 'haish' sejak masuk ke situ sehingga dia keluar.

Saya tidak sanggup untuk memandangnya kerana tak mau bertegur sapa dengan orang yang negatif ini. Saya tertanya, kenapa ahli Young Living ini menjadi sangat negatif? Mahu saja saya kata 'sabar' padanya. Dia menceritakan tak guna dia mengorbankan sejumlah wang membeli barangan di sini kerana kehidupannya sangat sibuk. Banyak barangannya masih di dalam kotak, jika ada pekerja syarikatnya yang pencen, dia akan memberikan sahaja sebuah diffuser kepada mereka semata-mata untuk mengeluarkan produk itu dari rumahnya. Sangat kasihan saya mendengarnya.

Tidak kah dia pernah datang rally? Berjumpa dengan ahli yang lain? Tak ada kah 'group support' whatsapp nya? Tidak kah upline nya memberikan tunjuk ajar tentang kegunaan setiap minyak padanya? Oh iya, dia sibuk. Sehingga menunggu dalam barisan no.3 pun dia tak mampu.

Saya teringat kata-kata penceramah pada kursus yang saya ikut baru-baru ini. 'don't complain, be creative'. Ketika saya ingin menasihatkannya, saya terfikir, mungkin ini juga adalah nasihat untuk saya dari Tuhan. Bersabar dan tidak mengeluh dalam apa pun situasi. Bermula dengan situasi menunggu giliran seperti ini.

Tanda jam pada tiket parking saya menunjukkan 1.18 dan saya siap dilayan pula pada pukul 1.38. Maksudnya saya menunggu kurang dari 20 minit, tolak waktu parking dan perjalanan masuk ke pejabat itu.

"Bukan kah kamu dah sediakan bungkusan itu, dan saya ke sini hanya untuk mengambil saja" kata wanita no.3 itu. Mahu saja saya balas, "ini ialah warehouse aunty, kita datang tunjuk order number bagi mereka kumpulkan barangan yang kita pesan sebelum memberikannya pada kita".

Pekerja warehouse tersebut hanya berkata "tidak" sambil senyum. Sangat sabar dia. Kalau lah saya manager di situ, mahu saja saya membalas semua kata-kata wanita itu, tapi saya tak mahu menjadi seperti dia, biar lah dia seorang sahaja yang berbunyi sumbang di situ.

Akhir kata, jika anda telah membeli EO, berkumpul dan bertanya lah dengan rakan-rakan yang juga menggunakan EO, cari ilmu tentang cara penggunaannya dan untuk apa.

EO adalah alternatif semula jadi kepada produk bahan sintetik yang ada di pasaran. Kegunaannya luas dari kecantikan, kesihatan dan masakan dan sebagainya. Kegunaannya tidak terhad kepada satu kegunaan sahaja. Jangan taksub kepada satu kegunaannya, jadilah lebih kreatif dengan EO.

Saya telah menggunakan EO sebelum menyertai Young Living lagi, sebelum saya tahu adanya syarikat terbesar menjual EO. Jika anda ada pertanyaan tentang EO, saya berbesar hati untuk berkongsi. Hantarkan mesej kepada saya melalui WhatsApp 0168037709 dan mohon bersabar untuk dilayan ya. 😊

Salam sejahtera untuk anda semua. Terima kasih kerana membaca blog ini.


Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)