Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO Dipuji

Selamat Hari Merdeka ke-62 Malaysia! Tahun ini dengan tema "Sayangi Malaysiaku"  "Malaysia Bersih".


Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO

Seperti tahun-tahun sudah, Kumpulan SEDCO menghantar sebuah kontinjen ke pertandingan perbarisan hari kebangsaan. Alhamdulillah.. Tahun ini saya dipilih bersama-sama dalam kontinjen ini.

Nooren.my

Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO


Latihan telah dimulakan sejak awal bulan lagi, seramai 42 orang ahli telah dipilih dari staf SEDCO serta anak-anak syarikat termasuk Hyatt Regency Hotel, Perkasa Trading SB, Perkasa Realty SB,  Sedco Travel SB dan Sedcovest Holdings SB.

Kontinjen telah berusaha sehabis baik namun tidak mendapat tempat di mata pengadil kali ini.

Kontinjen menerima kata-kata ucapan tahniah berikut daripada pegawai dan pengurusan SEDCO;

"Penyertaan dan semangat berpasukan SEDCO amat dihargai dan memenangi hati kita semua.  Terima kasih kepada Team SEDCO dan semua yang terlibat.  πŸ‘" - GGM SEDCO Group

"Iya kontinjen sedco mmg terbaikkk πŸ‘πŸ‘πŸ‘semangat tinggi πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺcuma kita teda rezki ja..."

"Tahniah kpd smue yg trlibat dlm kontinjen perbarisan sedcoπŸ‘πŸ‘πŸ‘Terbaikkk πŸ‘πŸ‘πŸ‘"

"Alhamdulillah dan tahniah. Perbarisan yg kemas, cntik dan bersemangat itupun rezeki jg. Ada ruang lg luaskn tu rezeki pd pnyertaan2 yg akan dtg"

"Terima kasih TEAM SEDCO"

"terbaikkkkk✌✌✌✌✌tahniahh"

"Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih Team SEDCO!"

"Tahniah kepada Team Sedco, memang lawa tu baris...πŸ‘cuma pengadil saja yang mempunyai keputusan terakhir.."

"Tidak menang apa2 tidak bererti kalah. Di hati warga sedco team perbarisan hari kemerdekaan 2019 adalah yg terhebat. Kami bangga. Tahniah!!!"

"Good try SEDCO!!πŸ‘πŸ‘πŸ‘...Try Again!πŸ™πŸ‘πŸ˜Š"

Syabas dan tahniah kepada kontinjen Kumpulan SEDCO atas kesungguhan dan semangat perjuangan yang diberikan. Sesungguhnya anda menang dihati keluarga SEDCO yang datang melihat dan memeriahkan sambutan hari kebangsaan di jalan Tun Fuad Stephens hari ini.

Terima kasih kepada pihak pengurusan SEDCO, AJK Perbarisan dan Komander Bob yang telah berusaha sehabis baik menguruskan kontinjen dari awal hingga akhir.

Kontinjen Perbarisan Kumpulan SEDCO


Jumpa lagi di tahun depan, insyaallah..


Nooren Aman
31 Ogos 2019

Ulasan

  1. Menjadi terbaik diantara yg terhebat tidak semestinya jadi juara.. dia tetap ada dimatahati yg melibatnya.. bangga kr aku menjadi sebahagian dlm perbarisan ini,.. Semangat mesti ada Uhaak..

    BalasPadam

Catat Komen

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)