Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Pad Kain: Pilihan Yang Menjimatkan, Sihat dan Mesra Alam

Imej
Wanita, kenapa anda nak pilih untuk bertukar kepada pad kain atau Clothpad?
Pad kain moden atau lebih dikenali sebagai Clothpads adalah pilihan alternatif kepada anda, wanita yang suka berjimat, suka menjaga kesihatan serta suka menjaga kebersihan alam sekitar.



Hari ini, ramai yang mencari produk yang tahan lama dan mesra alam (sustainable product and eco friendly) termasuk lah pad kain. Kesedaran kita mulai terbuka dengan keadaan alam sekitar serta ekonomi yang mencabar.
Sejak sepuluh tahun lalu (2009 - 2019),  Snowdrop Clothpads telah pun berada di pasaran dan sepanjang waktu itu, banyak penambahbaikan yang telah dilakukan. 

Maklum balas positif yang diterima dari pengguna setia juga mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan untuk terus menghasilkan pad kain murah yang berkualiti buatan Malaysia.




Semua pad kain Snowdrop yang dihasilkan adalah buatan tangan yang dijahit dengan kemas dan comel serta bernilai untuk dimiliki.
JIMAT DUIT
Anda dapat jimat duit setiap bulan, dengan adanya pad kain ya…

Anxiety : Berlari Sebagai Latihan Pernafasan

Imej
Berlari sebagai latihan pernafasan

Salah satu cara yang saya diajar oleh doktor untuk mengatasi Anxiety ialah melakukan latihan pernafasan. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari sebanyak 3 kali. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pergi mendaki dan berlari atau berada dalam kelas yoga untuk melakukan latihan pernafasan. Jika saya berada di rumah sendiri, seperti tak ada paksaan dan dorongan untuk melakukannya. Oleh itu, saya lebih suka melakukan aktiviti di luar rumah yang membuat saya bernafas dengan baik.


Jika anda ada anxiety, berlari dan mendaki adalah sangat baik untuk anda. Kerana semasa anda sedang berlari, anda sedang melakukan latihan pernafasan atau memaksa diri anda untuk bernafas. Kadang-kadang seseorang lupa untuk bernafas dalam beberapa keadaan seperti stress. Nafas tanpa disedari sedang ditahan dan akibatnya mengalami sesak nafas.
Suplemen untuk mental dan fizikal
Jika anda seorang pelari atau pendaki yang perlahan kerana kabus otak (brain fog), ambil lah omega 3 setiap ha…

Cegah Bunuh Diri: Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri

Imej
Hari ini 10 September ialah hari pencegahan bunuh diri sedunia.
Di satu detik dalam hidup saya pun pernah terfikir untuk mati.
Sebagai seorang pecinta ilmu, saya suka belajar dan membaca apa sahaja yang bermanfaat. Mengikut kursus dan membeli buku sehingga harga ribuan ringgit.
Semua kerana semangat untuk memperbaiki diri. Lebih-lebih lagi saya berada dalam sistem 8 hingga 5 yang menekan.
Saya mencuba pelbagai cara terapi tapi semua hanya berkesan sekejap sahaja. Saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Saya berjumpa dengan ahli yang lebih profesional, psikologi klinikal, kaunselor dan pakar psikiatri, sehingga akhirnya didiagnos sebagai ADD, MDD dengan simptom Anxiety, Trictotillomania serta Hyperparathyroid. Apa semua ini? Saya boleh kata ini semua adalah invisible illness. Sehingga yang mengalami pun tidak menyedari. Apalagi yang melihat, sudah tentu tidak nampak. Penyakit ini menyukarkan seseorang menguasai aktiviti harian yang telah dirancang. Akibatnya dilabel sebagai malas, tidak…

Kenapa Nasihat Dibenci Oleh Pesakit Depresi

Melalui nasihat, seorang yang depres akan tahu bahawa pemberi nasihat tidak memahaminya. Dari itu, seorang depres tidak akan berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun, kerana lebih banyak berkongsi, lebih banyak dia dihakimi dalam bentuk nasihat. 
Kerana itu nasihat sangat dibenci. Apa yang lebih diperlukan ialah telinga untuk didengar.
Sepanjang saya berjumpa kaunselor, psikologi dan psikiatri di hospital mesra, tidak pernah mereka memberi saya nasihat. Mereka hanya mendengar sahaja. 
Saya rasa sangat difahami dan berkeyakinan untuk sembuh. 
Mereka melayan saya seperti pesakit biasa, ada ujian darah dan hormon, scan dan ubat diberikan untuk menyeimbangkan kimia dalam otak, serta tekanan darah juga. 
Depresi bukan alasan untuk malas. Ia adalah penyakit.
- Catatan Kesedaran Kesihatan Mental.
#mentalhealthawareness #kesedarankesihatanmental #Depresi #Depresion