Anxiety : Berlari Sebagai Latihan Pernafasan


Berlari sebagai latihan pernafasan

Berlari sebagai latihan pernafasan
Green Run 1111, 2017

Salah satu cara yang saya diajar oleh doktor untuk mengatasi Anxiety ialah melakukan latihan pernafasan. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari sebanyak 3 kali. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pergi mendaki dan berlari atau berada dalam kelas yoga untuk melakukan latihan pernafasan. Jika saya berada di rumah sendiri, seperti tak ada paksaan dan dorongan untuk melakukannya. Oleh itu, saya lebih suka melakukan aktiviti di luar rumah yang membuat saya bernafas dengan baik.


Berlari sebagai latihan pernafasan
Borneo Women Run 2018

Jika anda ada anxiety, berlari dan mendaki adalah sangat baik untuk anda. Kerana semasa anda sedang berlari, anda sedang melakukan latihan pernafasan atau memaksa diri anda untuk bernafas. Kadang-kadang seseorang lupa untuk bernafas dalam beberapa keadaan seperti stress. Nafas tanpa disedari sedang ditahan dan akibatnya mengalami sesak nafas.

Suplemen untuk mental dan fizikal

Jika anda seorang pelari atau pendaki yang perlahan kerana kabus otak (brain fog), ambil lah omega 3 setiap hari untuk memberi makan kepada otak anda, kerana otak diperbuat daripda lemak dan  dan otak memerlukan lemak untuk berfungsi juga. Terutama omega 3, kerana ia mengandungi EPA dan DHA. Ia meningkatkan Dopamine, salah satu bahan kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat di antara sel-sel saraf (neuron) otak untuk membuat anda merasa bermotivasi dan badan rasa ringan dan bergerak lebih cepat.

Kabus otak atau brain fog ialah kepenatan mental. Walaupun anggota badan tidak mengalami apa-apa kecederaan atau kesakitan. Seseorang yang mengalami kepenatan mental akan bergerak dengan perlahan, fikiran dan pandangan menjadi tidak jelas, dari itu pergerakan menjadi perlahan kerana secara tidak sedar, diri akan bergerak dengan berhati-hati.

Vitamin B juga bagus untuk mengatasi kepenatan mental ini. Vitamin B membantu untuk memberi tenaga pada otak dan badan. Pandangan menjadi jelas dan pergerakan rasa bertenaga.

Berlari sebagai latihan pernafasan
Pisompuruan Run 2019

Di sini, saya hanya berkongsi apa yang saya lakukan untuk memperbaiki diri saya. Berjumpa lah dengan doktor untuk mendapatkan diagnos dan rawatan yang betul. Semoga bermanfaat. 😊

Nooren Aman
Nooren.my


Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)