Cegah Bunuh Diri: Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri


Cegah Bunuh Diri Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri


Hari ini 10 September ialah hari pencegahan bunuh diri sedunia.

Di satu detik dalam hidup saya pun pernah terfikir untuk mati.

Sebagai seorang pecinta ilmu, saya suka belajar dan membaca apa sahaja yang bermanfaat. Mengikut kursus dan membeli buku sehingga harga ribuan ringgit.

Semua kerana semangat untuk memperbaiki diri. Lebih-lebih lagi saya berada dalam sistem 8 hingga 5 yang menekan.

Saya mencuba pelbagai cara terapi tapi semua hanya berkesan sekejap sahaja. Saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Saya berjumpa dengan ahli yang lebih profesional, psikologi klinikal, kaunselor dan pakar psikiatri, sehingga akhirnya didiagnos sebagai ADD, MDD dengan simptom Anxiety, Trictotillomania serta Hyperparathyroid. Apa semua ini? Saya boleh kata ini semua adalah invisible illness. Sehingga yang mengalami pun tidak menyedari. Apalagi yang melihat, sudah tentu tidak nampak. Penyakit ini menyukarkan seseorang menguasai aktiviti harian yang telah dirancang. Akibatnya dilabel sebagai malas, tidak mahu berubah, tidak bersungguh dan lembap.


Cegah Bunuh Diri, Pilih Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri


Dari klinik dan hospital swasta saya beralih ke hospital kerajaan kerana kos rawatan yang ratusan setiap sesi.

Saya merasai penderitaan orang yang putus asa. Mereka sebenarnya masih mahu hidup, banyak lagi yang mereka mahu lakukan, banyak benda dan tempat yang belum dilihat. Tapi mereka memilih mati kerana merasa usaha mereka sia-sia serta tak sanggup merasai kesakitan yang mencekik dan menyempitkan dada sehingga menimbulkan pemikiran atau halusinasi bahawa menamatkan riwayat sendiri itu lebih baik.

Bersama-sama mencegah bunuh diri, kenali tanda-tanda invisible illness, depresi, anxiety dan uruslah stress kita dengan lebih baik. Termasuk SENAMAN, MAKANAN, PERGAULAN dan PERSEKITARAN.

Setiap orang menghadapi ujian berbeza, jangan perlekehkan orang lain. Sesiapa sahaja. Jika tidak boleh berkata baik dan memahami, maka diam itu lebih baik. Berempati lah dan berbelas kasih.

Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan hidup lah dengan baik. 💓

#suicidepreventionmonth #cegahbunuhdiri

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)