Kenapa Nasihat Dibenci Oleh Pesakit Depresi

Melalui nasihat, seorang yang depres akan tahu bahawa pemberi nasihat tidak memahaminya. Dari itu, seorang depres tidak akan berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun, kerana lebih banyak berkongsi, lebih banyak dia dihakimi dalam bentuk nasihat. 

Kerana itu nasihat sangat dibenci. Apa yang lebih diperlukan ialah telinga untuk didengar.

Sepanjang saya berjumpa kaunselor, psikologi dan psikiatri di hospital mesra, tidak pernah mereka memberi saya nasihat. Mereka hanya mendengar sahaja. 

Saya rasa sangat difahami dan berkeyakinan untuk sembuh. 

Mereka melayan saya seperti pesakit biasa, ada ujian darah dan hormon, scan dan ubat diberikan untuk menyeimbangkan kimia dalam otak, serta tekanan darah juga. 

Depresi bukan alasan untuk malas. Ia adalah penyakit.

- Catatan Kesedaran Kesihatan Mental.

#mentalhealthawareness #kesedarankesihatanmental
#Depresi #Depresion

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)