Pad Kain: Pilihan Yang Menjimatkan, Sihat dan Mesra Alam


Wanita, kenapa anda nak pilih untuk bertukar kepada pad kain atau Clothpad?

Pad kain moden atau lebih dikenali sebagai Clothpads adalah pilihan alternatif kepada anda, wanita yang suka berjimat, suka menjaga kesihatan serta suka menjaga kebersihan alam sekitar.


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat

Hari ini, ramai yang mencari produk yang tahan lama dan mesra alam (sustainable product and eco friendly) termasuk lah pad kain. Kesedaran kita mulai terbuka dengan keadaan alam sekitar serta ekonomi yang mencabar.

Sejak sepuluh tahun lalu (2009 - 2019),  Snowdrop Clothpads telah pun berada di pasaran dan sepanjang waktu itu, banyak penambahbaikan yang telah dilakukan. 

Maklum balas positif yang diterima dari pengguna setia juga mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan untuk terus menghasilkan pad kain murah yang berkualiti buatan Malaysia.


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat


Semua pad kain Snowdrop yang dihasilkan adalah buatan tangan yang dijahit dengan kemas dan comel serta bernilai untuk dimiliki.

JIMAT DUIT

Anda dapat jimat duit setiap bulan, dengan adanya pad kain yang boleh dicuci ini (reusable and washable clothpad) dah tak payah beli pad lagi selama 5 tahun! best tak? 😊


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat


Ini ada lah pelaburan jangka panjang anda, beli sekali sahaja. Selepas guna boleh cuci, jemur dan simpan untuk diguna semula.

LIMA tahun jimat, setiap bulan tak payah fikir dan tak payah beli pad lagi 😂 seronoknya!

SELAMAT DARI KIMIA TOKSIK

Anda tidak lagi terdedah pada kimia bertoksik yang ada pada pad biasa. Tahu kah kita bahawa bahan peluntur kapas yang ada pada pad biasa iaitu DIOXIN telah disenaraikan sebagai bahan penyebab kanser oleh WHO?! 😱 dan bahan ini bioaccumulate (berkumpul) dalam badan. 😭 


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat

Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat

Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat


Bahan kimia toksik ini juga menyebabkan gangguan hormon pada wanita. Marilah selamatkan diri kita wahai wanita! 💓


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat


MESRA ALAM

Anda menyumbang kepada kebersihan alam sekitar dengan tidak lagi menyumbang kepada pembuangan sampah 🥰

Tahukah anda sekeping pad pakai buang mengambil masa 800 tahun untuk dilupuskan?!

Dengan penggunaan pad kain, kita boleh mengurangkan pembuangan pad ke tempat pelupusan sampah.

Sekeping pad kain mampu bertahan sehingga lima tahun lamanya dengan penjagaan rapi.

JIMAT, SIHAT dan BIJAK dengan memakai pad kain ni betul tak? 😊💓


Anatomi Pad Kain Snowdrop

Pad Kain Snowdrop atau Snowdrop Clothpad ini diperbuat daripada beberapa jenis lapisan kain yang sentiasa kering, selesa dan selamat untuk anda iaitu Minky, Cotton, antibacterial microfibre dan nylon kalis air.


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat bijak dan sihat


Lapisan Atas

• Minky : fabrik yang sangat lembut untuk memberi keselesaan dan efek kering dipermukaan.


Lapisan Dalam

• Cotton Sheeting dan antibacterial microfibre : untuk menyerap 4X lembapan lebih berat dari berat asal.



Lapisan Bawah

• Nylon kalis air dan cotton bercorak.



Ciri Extra;

Wing : untuk dilipat dan dibutangkan ke bawah supaya kekal setempat.

Butang : Pad Kain menggunakan butang katip untuk melekapkan pad pada seluar dalam, tidak seperti pad biasa yang menggunakan gam yang merosakkan kain. Butang ini tidak terasa pun kerana pada lebih tebal dari butang dan ia terletak di bawah Pad apabila dipakai.

Reben : supaya mudah dijemur, hanya sangkut pada hanger 😘

----------------

Saiz Pad Kain / Snowdrop Clothpads :

Ada 7 saiz pad yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda;

1. Dry Flux Thin (Pantyliner Nipis)

2. Dry Flux (Pantyliner)

3. Dry Flux Long (Pantyliner panjang)

4. Light Mist (Slim)

5. Medium Dew (Maxi)

6. Heavy Stream (Overnight)

7. Maternity (Lepas bersalin)


Pad Kain Snowdrop Pilihan Jimat, bijak dan sihat



Untuk lebih jimat, Snowdrop menawarkan  koleksi pakej yang lebih murah!

Terdapat beberapa pakej koleksi menarik yang ditawarkan oleh Snowdrop Clothpads. Pad disusun dengan saiz-saiz yang berlainan dan sama seperti;

Basic Package :
Mengandungi 1 keping pada bagi setiap saiz pad.

Complete Package :
Mengandungi 2 keping pada bagi setiap saiz.

Daily Package :
Mengandungi 7 keping pantyliner dengan saiz-saiz berlainan untuk kegunaan harian.

7 Pieces Dry Flux :
Mengandungi 7 keping pantyliner sama saiz.

7 Pieces Dry Flux Thin :
Mengandungi 7 keping pantyliner yang nipis.

7 Pieces Dry Flux Long :
Mengandungi 7 keping pantyliner bersaiz panjang.

4 Pieces Light Mist :
Mengandungi 4 keping pad light mist.

4 Pieces Medium Dew :
Mengandungi 4 keping pad bersaiz medium.

4 Pieces Heavy Stream :
Mengandungi 4 keping pad saiz Heavy untuk haid aliran deras.

4 Pieces Maternity :
Mengandungi 4 keping pada bersaiz maternity untuk kegunaan ibu berpantang.

Pakej ini boleh bertukar dari masa ke masa mengikut promosi terkini.

Klik link ini untuk mengetahui promosi terkini www.heartsnowdrop.wasap.my

Cara Mencuci Pad Kain

1. Lalukan pada air deras untuk hilangkan kesan darah.

2. Rendam dengan sabun atau baking soda

3. Cuci dengan sabun cuci dan bilas.

4. Jemur dengan menggantungkan gelung reben pada hanger.



❗Pastikan disimpan dalam net jika menggunakan mesin basuh. Walaubagaimanapun penggunaan mesin basuh adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan lapisan kalis air dalam pad rosak.

❗Elakkan mengguna bahan pelembut fabrik kerana ia mengandungi lemak yang menyumbat pori-pori kain. Akibatnya penyerapan pad menjadi kurang dan dalam jangka masa yang lama kain boleh menjadi hancur.

Untuk melihat koleksi dan promosi terkini boleh tekan link WhatsApp, Facebook Dan Instagram berikut:

Link WhatsApp
Follow Facebook
Follow Instagram

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)