Ikrar Media Sosial Untuk Kesihatan Mental


Ubah Suapan Anda
#DisruptYourFeed 🙅️ ⠀

Ikrar media sosial untuk kesihatan mental

Pada 09 haribulan 10 yang lalu, akaun sosial media The Female Lead telah melancarkan sebuah Ikrar Media Sosial untuk mempromosikan penggunaan media sosial yang lebih sihat dan positif di kalangan remaja dan belia. Ikrar ini diasaskan atas penemuan akar umbi hasil penyelidikan bersama antara The Female Lead dan Psikologis Cambridge Dr Terri Apter.


Penyelidikan ini keluar dari kebimbangan global mengenai kesan dunia digital terhadap kesejahteraan anak muda, terutamanya wanita. Panduan media sosial semasa memberi tumpuan kepada batas keselamatan dan masa, tetapi sangat sedikit tentang cara membuat pengalaman lebih memperkaya. Mereka ingin tahu: boleh media sosial menjadi daya inspirasi dalam kehidupan anak-anak gadis?

Penyelidikan penting ini telah menunjukkan banyak hasil positif yang terhasil daripada pengenalan model peranan wanita yang baru dan mengganggu suapan media sosial. Ikrar Media Sosial mereka menggubah penemuan utama ini kepada empat garis panduan mudah untuk digunakan oleh anak-anak muda. Para model pengaruh (influencer), selebriti dan remaja telah mendaftar untuk menyebarkan berita tersebut kepada jutaan pengguna media sosial dan berharap lebih ramai lagi!

Tindakan yang mudah tetapi bermakna, bila dilakukan bersama, boleh memberi impak yang besar. Mari lah kita bersama, berdiri untuk mempromosikan penggunaan media sosial yang lebih sihat dan positif. Kongsi ikrar ini di saluran sosial anda hari ini.

Ikrar Media Sosial Untuk Kesihatan Mental

1. Ubah Suapan Anda
Dengan orang baru atau tokoh yang memberi inspirasi.

2. Kasih bukan benci

Ikuti orang yang anda hormat dan membuat mu bersemangat.


 3. Komen yang baik
Jika anda tidak boleh mengatakannya secara berdepan, jangan tulis di media sosial.


 4. Layari dengan minda
Terokai pelbagai minat, kesukaan dan budaya.



Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)