Berlari Tanpa Membuang Sampah


Berlari Tanpa Membuang Sampah


Terjadi insiden di mana para pelari membuang bekas minuman di tepi jalan kerana ketiadaan tong sampah apabila mereka telah menghabiskan minuman yang diberi. Walaupun penganjur telah menyediakan tempat membuang sampah selepas stesen air minum, ada juga pelari yang terlajak ke depan tanpa membuang bekas minuman mereka, kemudian mereka membuang saja di tepi jalan seraya meneruskan larian.

Walaubagaimanapun, larian hari ini telah diadakan di laluan joging Taman Tanjung Lipat, yang mana banyak sangat tong sampah disediakan di situ. Jalan 30 meter ke depan sudah ada tong sampah seterusnya. Ada juga tong sampah dengan label kitar semula.

Seorang pelari di depan saya hari telah terlajak lari ke depan tanpa sempat membuang bekas minumanya, lalu membuang bekas minuman itu di tepi laluan joging sahaja. Seorang lagi pelari yang juga berada di depan saya tetapi di belakang pelari pertama tadi telah mengutip sampah itu dan terus berlari.

Saya sangka dia mahu memberikan sampah itu semula kepada pelari yang berada di depan itu supaya beliau membuangnya di tong sampah yang berada di depannya. Sangkaan saya silap, pelari kedua itu terus saja membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan meneruskan lariannya tanpa komen apa-apa kepada pelari pertama tadi.

Tindakan simple yang patut dicontohi. Tidak marah, tidak merungut, tidak menegur pelari pertama tadi, terus buat saja. Lagipun masing-masing mahu menamatkan larian dengan cepat. Jika pelari kedua menegur pelari pertama tadi, kemungkinan juga ego yang akan keluar, bukan kesedaran. Kadangkala orang yang ditegur susah mengaku salah, sebaliknya benci jika ditegur, lagi pula di tempat awam.

Kempen kesedaran memungut sampah yang bukan milik kita masih perlu dilakukan, seperti Plogging Run (berlari sambil pungut sampah) yang diadakan bulan lalu. Aktiviti memungut sampah yang diadakan oleh Trash Hero juga patut mendapat publisiti meluas, supaya ramai lagi yang sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan bumi kita ini.

IT'S NOT MY GARBAGE BUT IT'S MY PLANET

Ayuh kongsi aktiviti gaya hidup sifar sampah (zerowaste/lesserwaste) dan gunakan barang yang tahan lama (sustainable) supaya kurang lah sampah yang perlu dibuang.

Kita boleh saja membawa botol air sendiri ke mana-mana acara pun termasuk larian. Bila membawa botol air sendiri, tidak timbul isu sampah bekas minuman yang biasa dibuang di tepi jalan.

Saya, kamu, dia, mereka dan kita mampu mengubahnya! 😊

Nooren Aman
Sabtu, 9 November 2019

Ulasan

Popular posts

Senarai Semak Mendaki Gunung Kinabalu

Yuran Mendaki Gunung Tambuyukon

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (Part 1)

Resipi Masala Chai Tea Latte

Cerita Pendakian Gunung Tambuyukon (part 5, akhir)